Wednesday, July 31, 2013

kuih raya..



tahun ni semangat nak buat kuih raya..
dah lama jugak mun xbuat kuih raya ni
yela...memandangkan mun xde keje kat rumah..
jadi buat kuih raya ni ade jgak faedahnye


bahan kuih raya, kek raya, biskut raya, hari raya,




bahan kuih raya, kek raya, biskut raya, hari raya,

taraaa..
ni semua barang untuk buat biskut raya
ada promosi buttercup tu..
2 engget lebih je..
tu yang ambek banyak2 tu..heeeeeee
lepas tu mak mun belikan buku ni..
dah lama dia cari..

bahan kuih raya, kek raya, biskut raya, hari raya, buku saji, keluaran raya,


saji!!
kuih raya,biskut raya,kek raya
semua ada..






Monday, July 29, 2013

3# ragam puasa



dulu..
pantang ada iklan makanan kat tv mesti terliur
lepas tu mulala merengek nak bukak pose..
lebih2 lagi iklan air yang sejuk2 tu
xpon iklan kepci mekdi tu
memang mengancam betul



sebab tu time puasa mak mun xbrape bagi kteorang tengok tv..
dia prefer kteorang tido or pegi main..






skrang pon sebenarnya still terliur..hahaha
just teringin sebab lama xmakan..tu je..
tapi di penghujung ramadhan ni selera makan pun dah makin kurang..
xde dah teringin nak makan kuih tu kuih ni ..
nak makan nasi je..heeeeeeeeeee







Friday, July 26, 2013

2# ragam puasa



dulu kecik2 
taktik abah untuk suruh mun start berpuasa
adalah dengan memberi upah..
upahnya dah tentula duit..hehehe
sehari seringgit..




dulu seringgit tu banyak sangat dah bagi mun..
bole beli cekelat susu 20 biji dengan seringgit tu..
xpon beli eskrem pop ke..

bak kate memang heaven la dapat seringgit tu..
kalau cukup sebulan dapat 30 enggetkan..
jadi mun gagahkan diri untuk berpuasa...
lama2 mun bole puasa sendiri tanpa orang suruh lagi..
heeeeeeeeeeee





tapikan..makin besar..makin banyak pulak jumlah duit raya abah mun kasi
heeeeeeeeeeeeee





terima kasih cik nuffnang~


alhamdulillah
selepas beberapa hari mun hanta tiket
mun dah dapat BE
yeayyyyyyyy...





jadi jangan segan silu..
silala klik iklan yang menari2 tu ye..
hehehehe







Thursday, July 25, 2013

1# ragam puasa




waktu kecik2 dulu macam2 ragam kita time berpuasa
salah satunya yang nak mun cerita harini
pasal air liur
hahaha..
dulu kecik2 mun manela tahu telan air liur xkan batalkan puasa..
so tiap kali ade air liur..
mun berlari gi tandas dan ludah air liur tu
sampai la satu hari..



mun tertelan air liur tu..
berlari-lari kat mak bagitau..
punya la takut puasa mun terbatal..

tapi mak mun bole gelak dengar cite mun..
sejak dari tu mun tahu xpe kalau telan air liur..
so esoknye xde mun berulang2 gi toilet lagi..
muahahaha



bila teringat balik ragam time kita kecik2 dulu..
rinduunyeee nak jadi budak2 kecik balik..





Wednesday, July 24, 2013

puncak alam again~








well..
akan kembali ke puncak alam untuk berjuang
doakan segalanya berjalan lancar untuk mun ye..
agak takut sebab semua yang dapat sambung hebak2 belaka..

untuk kawan2..
all the best korang..
tak kira kat mane pun korang dapat..kos yang korang dapat
korang still awesome


till then.






tips : makanan untuk mendapatkan rambut yang cantik



rambut merupakan mahkota bagi perempuan..
even yang bertudung pun mereka still inginkan rambut yang cantik
so mun nak share makanan yang boleh menjadikan rambut kita semakin sihat dan cantik..


1. Telur
 Selain men jadi jenis makanan yang paling popular, telur menjadi sahabat rambut anda. Ini kerana telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut anda untuk kekal sihat dan bermaya. Kurangnya protein menyebabkan rambut tidak kuat dan mudah terputus serta warna yang pudar.

2. Gandum/Bijiran
 Gandum menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

3. Buah segar
 Tembikai, pisang, limau, epal dan buah-buahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting     yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4. Sayur berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

5. Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6. Ikan salmon 
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

7. Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

8. Makanan laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.

9.Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut





sumber : Remaja (Mac 2012)

auwwwww






tapi pemilihan syampu pun penting jugakkan =)






kek pelangi ho ho ho


hahaha..
glamer pulak nama kek mun kali ni..
sebenarnya mun xtahu pon ape nama kek ni..
so mun cipta la nama sendiri..

ayah mun suka kek ni..
sebab rasa die macam susu sikit..dan lembut..
jadi meh kite share cara nak buat kek ni..


antara bahan yang diperlukan ialah :

  1. 5 biji telur
  2. 1 sudu teh esen vanilla
  3. 250g butter
  4. 1 gelas tepung naik sendiri
  5. 1/2 gelas gula
  6. 1/4 susu pekat
  7. susu pekat
  8. 100g horlick
  9. pewarna untuk hiasan



mula2..pukul gula dan butter bersama-sama guna mixer..
pukul sampai kembang..



bila dah kembang..masukkan telur sebiji demi sebiji...masuk satu pukul..masuk satu lagi pukul..sampai telur tu habis..




bila telur dan bahan2 tadi dah dipukul sampai sebati..
korang masukkan esen vanilla pula



then mauskkan tepung naik sendiri
pukul sampai sebati..




kemudian masukkan horlick pulak..
kacau sampai sebati




kemudian masukkan susu pula ye..
kacau sampai sebati jugak...




bila dah sebati..
korang asingkan kepada tiga bekas..kemudian masukkan pewarna pilihan korang setiap bekas tersebut..
kalau korang nak 5 warna..korang asingkan kepada 5 bekas..hehe..
bergantung pada kreativiti korang..




sebelum masukkan dalam bekas untuk dibakar..ambil aluminium foil dan sapukan sedikit butter..
macam ni hah..




lepas tu susunla adunan tadi mengikut kreativiti korang..
mun punye macam ni..heeeeee



panaskan oven 180c tapi bile kek ni dimasukkan turunkan suhu ke 150c
masak dalam masa 50minit..
tapi kalau still xmasak korang tambah la masa ye..




siapppppppp



bole makan time bukak pose nanti..
nak buat die senang je..
tapi nak pastikan dia masak tu macam susah sikit..
hohoho
besela..orang baru nak start belaja baking2 ni...


ape2 pun..
selamat mencuba ye..





Monday, July 22, 2013

cukup umur



alhamdullilah..
sudah bertambah satu tahun umur mun..
hahaha
umur makin bertambah tapi perangai still xmatang

mak kata kakak ni macam form 3 je..
cik jantung pon cakap macam tu .mun still ade rupa budak form 3 or form 4..
nampak sengat keawetan muda mun kan situ..
padahal umur dah 20 an =_=..

terima kasih sebab yang sudi call/mesej mun untuk wish..
terharuuuuu
even cik google pon bertukar wajah sempena birthday mun..
hikhikhik..


memandangkan birthday mun jatuh pada bulan kita berpuasa..
mun xsambut pon..
yela..lepas bukak pose..siap2 untuk solat terawih..
balik dari solat terawih mata dah mengantuk..
hehehe..
so memang xsambut pon..
dapat ucapan dari orang tersayang pun dah cukup sebenarnye..




harapan??
mun harap mun dapat jadi lebih matang..
jangan nak keras kepala sangat
tinggalkan segala menda yang lepas dan cuba cipta pengalaman baru yang indah
dapat jadi anak isteri yang solehah =P
berjaya dengan apa yang mun buat..
hehehe




thanks najla sebab buat entry sempena birthday mun..
nak muahhh sebijik..
hehehe




Wednesday, July 17, 2013

epal



blog dah bertukar wajah!!!
nampak serabut la pulak..
haihhh =_=
satu hari ni mun duk mengadap laptop menghias blog..
hehehe
xde apa nak buat arini..
jenuh mun cari tutorial nak sambungkan header dengan body..
semua tutorial yang mun jumpe tadi xmenjadi..
last2..mun adjust sendiri..try and error..
tp still xcantik cantuman dia..
then, mun cari lagi tutorial lain yang maybe dapat bantu header mun..
tapi yang lain pulak mun dapat..


taraaaaaaaa


mun blaja macam mana nak lukis gamba epal ni guna excel..
okla kan..first try..
sebelum ni mun ada jgak guna excel lukis doodle..
tapi mun tahu basic jela..bentuk bulat buat muka, bentuk segiempat buat badan..
khusyuk mun mengadap lukisan ni
sampai terus xjadi nak hias blog..
biarkan jela..
raya nanti mun tukar guna header lama mun..
heeeeeeee


harini request nak makan nasi kerabu kat abah..
xtahu la dapat ke x..
hohoho






Saturday, July 13, 2013

tutorial : mewarna guna paint sai tool








sebelum ni mun ada buat tutorial macam mana nak melukis
guna paint sai tool ni kat sini
kali ni mun nak ajar untuk mewarna pulak..


mula2..korang lukis dulu doole korang..bole rujuk kat sini




dah siap je..korang pilih magic wand yang mun bulat no 1 tu..
then klik kat tempat yang korang nak warna tu
nanti tempat yand diklik tu akan menjadi warna biru..






dah siap tu..
korang pilih layer 1 tu pulak yang mun bulatkan no 1 tu..
then pilih bucket..
lepas tu pilih warna yang korang nak dekat tempat yang mun bulatkan no 3 tu..




bila je korang pilih layer 1 tu..automatik yang warna biru tadi bertukar putih..
jadi korang klikkan warna yang korang pilih tu kat situ..kalau korang klik kat tempat lain warna xkan keluar tau..
jadi macam ni la..



lepas tu korang ulang balik step awal tadi untuk warnakan muka dia pula..

siapla..
jangan lupa ye save dulu :)



so selamat mencuba ye..





Thursday, July 11, 2013

kelebihan terawih


alhamdulillah..
dah masuk hari ke-3 kita berpuasa kan..
harap2 ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum ni..

sebelum2 ni..tiap tahun mun akan terawih bersama2 kawan2 mun..
berbuka bersama..gi bazar ramdhan sama2..
duduk hostel kan jadi berjauhan la sikit dengan family..
tapi tahun ni..sepanjang bulan ramadhan mun dapat berpuasa dan
berbuka bersama family..
yeayyy!!!
hahaha..makan pon bole request lagi..
teringin ni teringin tu..hihi..
terima kasih mak sebab layan anak mak yang banyak songeh ni 

bukan tu saje..
tahun ni jugak mun dapat gi terawih sama2 dengan family..
berbeza la sikit..ngan kawan2 banyak gosip nak kongsi..
tapi bila gi ngan mak ni jadi baik pulak..hahaha


bersama2 lah kita rebut peluang untuk beribadah kepadaNya



abaikan eyebag sebeban tu**




maaf ye..kelebihan terawih tu mun delete memandang ianye hadith palsu..
terima kasih sebab menegur :)




Tuesday, July 9, 2013

resepi: mini pavlova


sekarang ni rajin pulak mun ke dapur..
hahaha
kali ni nak share cara2 buat mini pavlova..
dulu mun pernah cite pasal pavlova kat entry ni..
tapi yang tu kawan mun yang buat..mun makan je..hahaha
kali ni mun cuba buat sendiri pulak..


antara bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 4 biji telur (ambil putih telur je)
  2. 3/4 cawan gula kastor( mengikut kemanisan yang korang suka)
  3. 1 sudu teh esen vanilla
  4. 1 sudu teh cuka
  5. 1 sudu besar tepung jagung
  6. whipping cream 
  7. kiwi (sebagai hiasan)



mula2..kita kena buat meringue...nak buat meringue ni..korang masukkan putih telur dalam bekas..make sure xde kuning telur yang menitik masuk dalam putih telur korang..pastikan korang punye mixer or bekas tu bersih dari sebarang habuk,air..menda ni sensitive sikit tau..
korang pukul putuh telur tu sampai kembang cantik..



masukkan gula sikit demi sikit sambil pukul tu..kalau yang pakai hand mixer tu memang lenguh la..kena pengang je sepanjang masa..hoho..pukul je sampai semua gula dah habes masuk dalam putih telur ni..

nak tahu meringue korang jadi ke x...korang angkat mangkuk adunan korang tadi..tonggengkan die..kalau xjatuh/xmenitik/xmengalir itu kirenye meringue korang menjadi dengan jayanya,,ala...macam masterchef celebriti 2 tu..dorang pukul ngan tangan je kot meringue dorang..


dah siap ni..korang ambil mangkuk lain..masukkan tepung jagung,esen vanilla dan cuka..kacau dalam bekas tu..



dah siap kacau..masukkan dalam meringue korang tu..kacau dengan spatula/sudu bese je..xpyah gune mixture..tp mun gune jgak..nmpak x yang mun malas kat situ..hakhak




ambil dulang...lapikkan dengan baking paper..then letak meringue tu kat atas dulang..biasanya letak dalam piping beg..so nak buat bulat2 tu lagi mudah..tp mun pakai letak je dengan sudu..hahaha..dah namenye mini..so korang buat la bulat kecik2 ..tapi jarakkan antara satu sama lain ye..nnti die mengembang sikit..nak senang..korang lukis je bulat2 atas baking paper tu..



panaskan oven korang dulu dalam suhu 200c selama 10 minit then turunkan ke 150c  bila meringue dimasukkan ke dalam oven..bakar selama 1jam 15 minit..tp kalau still berair lembut..korang kena tambah masa lagi..sampai die kekuningan dan crispy..dah masak..jangan keluarkan terus..biarkan die sejuk sekejap dalam tu..korang bukak pintu oven tu sikit..
bile dikeluarkan dia akan jadi macam ni...




sementara tu korang bolela sediakan bahan untuk menghias pavlova korang tadi..mula2..kita sediakan whipping cream..ambil whipping cream tu..dan pukul sampai die kembang..tp jadi terlebih pukul..nanti die akan cair balik..




dah siap..korang sapukan whipping cream ni atas pavlova korang..




then..ambilla buah kesukaan korang untuk menghias pavlova supaya nampak menarik tertarik kau memang debom..mun guna kiwi..nak beli strawberi xmampu..hahaha..




taraaaaaa...siap..letak dalam peti sejuk supaya lebih kawwwwww...







mun rasa better korang kurangkan sikit gula bagi yang xtahan manis or xsuka manis..sebab serius menda ni memang manis..hehehe..


itu je~
selamat mencuba ye..


selamat menyambut ramadhan buat semua muslim dan muslimat..
semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum ni..




Friday, July 5, 2013

sebenarnya saya isteri dia episod akhir




sape tengok cite..angkat tangan cepat!!
hehehe..
mun xikut cite ni dari awal sebenarnya..
bile nak dekat2 episod last baru mun tengok..hoho
well seperti biasa..
ofkosla..happy endingkan..
si hero akhirnya dapat bersama dengan heroin..
yang jahat ditangkap yang baik bahagia..

meh nak cite sinopsis die sikit..

Mengisahkan cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang terputus di tengah jalan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu. Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash?







mun rasa cite ni comel..hahaha

itu je..
xnak komen lebih2...







Wednesday, July 3, 2013

surprise!!


hi
kali ni update pasal hadiah yang mun dapat dari si dia..
8 bulan xjumpa jadi dia kata nak bagi sumting yang istimewa..
hohoho..
sape yang x eksited bile orang nak kasi hadiah kan..
die cakap mun akan guling2 bile dapat hadiah tu..
hahahaha..

nak tahu ape dia kasi???














taraaaaaa


mun dapat pandora bracelet..
dia cakap dia yang pilih and susunkan beads2 tu..
nmpak x ade kucing kat gelang mun..
dia cakap dia mintak kucing tu sebab mun suka kucing..
mula2,,tu mun blur jgak..
sebab mun tak tahu kot pasal pandora ni..hahaha
mun suka sebab dia cantik je..
tapi xla sampai nak guling2..mak mentua nmpak cancel nak buat menantu nnti..
lepas tu mun search la ape menda pandora ni..




ooo..
baru tahu..
nampak tak mun memang ketinggalan sikit menda2 macam ni..
si dia lagi expert..hahaha
dari sini..mun dapat tahu harga die brape..
hahahaha
dah dia xnak bagitau..dia suruh mun cari sendiri..
mak aihh..terkejut den tengok harga die..
takut nak pakai..hahaha
tapi die cakap beli kat US lagi murah dari beli kat malaysia..
tapi murah2 pon..mahal jgak bagi mun..
apa2 pun..
terima kasih ye awak..
ingat jugak kita kat sana ye..
hohoho
nnti kalau gi sail lagi..
jangan la beli hadiah mahal2..
simpan duit nak kahwin kan lagi best**blushing
hahahaha

ohye..
dia ada bagi ni jugak..




mun panggil little bubba hijau..
hahaha
bole pulak dia cakap die teringat kat mun bile tengok katak ni..
muka mun dengan katak ni sama ke??
hahaha..
maybe comel macam mun kot :p
auwwww..perasan..


ni antara buah tangan yang die bawak balik dari sail yang lepas..
well..sangat happy bila dapat hadiahkan..
tu tandanya dia ingat kita even jauh nun disana..
kalau dia bagi mun magnet yang lekat kat peti ais tu pon mun still suka kot..hahaha
price does matter but sape yang bagi tu yang penting :)


bye2..