Wednesday, July 24, 2013

tips : makanan untuk mendapatkan rambut yang cantik



rambut merupakan mahkota bagi perempuan..
even yang bertudung pun mereka still inginkan rambut yang cantik
so mun nak share makanan yang boleh menjadikan rambut kita semakin sihat dan cantik..


1. Telur
 Selain men jadi jenis makanan yang paling popular, telur menjadi sahabat rambut anda. Ini kerana telur kaya dengan protein dan vitamin B12 yang dapat memperkayakan rambut anda untuk kekal sihat dan bermaya. Kurangnya protein menyebabkan rambut tidak kuat dan mudah terputus serta warna yang pudar.

2. Gandum/Bijiran
 Gandum menyumbang kepada tenaga positif seperti protein yang sangat baik untuk kekuatan rambut. Biji-bijian dan gandum mengandungi zink, zat besi dan vitamin B.

3. Buah segar
 Tembikai, pisang, limau, epal dan buah-buahan yang lain dapat memberikan tubuh sejumlah nutrisi penting     yang baik untuk mengurangkan keguguran rambut.

4. Sayur berwarna hijau tua
Bayam, brokoli dan lobak Swiss ialah sumber terbaik untuk vitamin A, C,zat besi dan kalsium. Ia diperlukan untuk menghasilkan sebum iaitu minyak yang dihasilkan oleh folikel rambut. Ia berfungsi sebagai pelembap rambut secara semula jadi.

5. Kekacang
Bagi mendapatkan rambut yang cantik berkilau, makanlah banyak kekacang.Badam misalnya asam lemak omega-3 yang boleh membantu melembapkan rambut. Kekacang lain seperti cashew, pecans dan badam merupakan sumber zink yang baik. Kekurangan zink boleh menyebabkan rambut mudah gugur.

6. Ikan salmon 
Kandungan omega-3, vitamin B-12 dan zat besi yang terkandung dalam ikan Salmon sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Kekurangan zat-zat tersebut boleh membuatkan kulit kepala dan rambut menjadi kering sehingga nampak seperti botak.

7. Kacang buncis
Ia bukan hanya mengandungi banyak protein untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut tetapi juga mengandungi khasiat zat besi, zink dan biotin.Kekurangan biotin akan menyebabkan rambut mudah rosak.

8. Makanan laut
Kandungan zink dalam makanan laut seperti kerang, udang dan tiram boleh membantu mencegah rambut gugur dan memperkuatkan akar rambut. Ia juga membantu membina sel-sel badan untuk menjaga hormon dalam penyerapan vitamin yang baik untuk pertumbuhan rambut.

9.Produk susu yang rendah lemak
Produk susu yang rendah lemak seperti yogurt merupakan sumber kalsium yang baik. Kalsium merupakan mineral yang penting untuk pertumbuhan rambut





sumber : Remaja (Mac 2012)

auwwwww






tapi pemilihan syampu pun penting jugakkan =)






2 comments:

kacang said...

hehe..rambut kucing tuu tak boleh blah..hahaha..

Unknown said...

@kacang hehehe..bergaya tu..