mama carie ni memang biskut peveret mun..
tahun lepas mak mun ada buat..tp xsempat nak raya dah habes..haha
so tahun ni kteorang buat banyak2..
antara bahan2 yang diperlukan :
untuk biskut :
- 400g tepung gandum*
- 300g mentega
- 2 sudu besar tepung jagung*(diayak bersama)
- 100g gula aising
- 1sudu kecil esen vanilla
untuk icing dia pulak...bahan2 nye :
- 2 biji putih telur
- 150g gula aising
- 1 sudu kecil tepung jagung
- pewarna coklat/serbuk koko untuk hiasan/lorekan corak
mula2.. kita pukul mentega,gula aising sampai kembang..mun guna planta untuk biskut kali ni..
kemudian masukkan esen vanilla kedalam adunan tadi..kacau hingga sebati
sudah sebati..masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tidak melekat di tangan atau menjadi doh..
selepas tu canaikan doh tadi dan mula terapkan acuan
susun diatas dulang yang telas dicalitkan dengan mentega
ketepikan dulu biskut tadi..kita buat aising dia pulak..
putarkan putih telur sehingga kembang..
bila dah kembang..masukkan gula aising sedikit demi sedikit..
putar sehingga sebati..
asingkan sedikit untuk dijadikan hiasan
masukkan pewarna/serbuk koko ke dalam adunan yang diasingkan tu..kalau nak guna warna lain pon bole..
sapukan aising tadi ke atas biskut tadi
kemudian bolela lorekkan warna coklat tadi keatas biskut..mun guna pengcukil gigi
buat je hiasan ikut suka..
masa ni la korang nak tunjuk kekreatifan korg sumer..heeee
masa ni la korang nak tunjuk kekreatifan korg sumer..heeee
bakar biskut mama carie ni selama 20 minit dengan suhu 180c..
siappppppppp!!!!!!








