Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

kek oreo


asalnya mun nak buat cupcake oreo tapi
mun lupa nak beli cup untuk cupcake tu..huhu
jadi mun buat kek sebijik terus..

bagi mun resepi ni mudah je kita nak ikut..

dan bahan yang diperlukan pun xbanyak..
sumber resepi dari mat gebu



dessert, kek, kek bakar, kek oreo, kek oreo paling mudah, menu minum petang, menu petang, oreo, resepi, cupcake oreo, gula perang, step by step buat kek oreo,



bahan-bahannya
-125 gram mentega
-1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
-1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour/diayak)
-1/2 camca teh baking powder(digaul rata dan di ayak bersama-sama tepung)
-2 biji telur gred A
-1/2 camca teh esen vanilla
-5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali



dessert, kek, kek bakar, kek oreo, kek oreo paling mudah, menu minum petang, menu petang, oreo, resepi, cupcake oreo, gula perang, step by step buat kek oreo,

mula-mula..kita satukan mentega, gula perang, telur, tepung, baking powder dan esen vanilla.



dessert, kek, kek bakar, kek oreo, kek oreo paling mudah, menu minum petang, menu petang, oreo, resepi, cupcake oreo, gula perang, step by step buat kek oreo,

Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan.Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.



dessert, kek, kek bakar, kek oreo, kek oreo paling mudah, menu minum petang, menu petang, oreo, resepi, cupcake oreo, gula perang, step by step buat kek oreo,

kemudian masukkan oreo yang dikisar tadi..gaul sehingga sebati
dah siap..masukkan ke dalam bekas yang telah disapu butter..dan bakar dalam suhu 175C selama 10-15 minit
jangan lupa untuk panaskan over dalam suhu 175C ye sebelum masukkan kek tu..




dessert, kek, kek bakar, kek oreo, kek oreo paling mudah, menu minum petang, menu petang, oreo, resepi, cupcake oreo, gula perang, step by step buat kek oreo,


siap..
selamat mencuba :)
korang bolela hias kek tu dengan buttercream..tp mun kurang sikit dengan krim2 ni
cepat muak..jadi mun biar dia kosong macam tu je..
kawan2 mun cakap rasa dia macam kek pisang..
mun tak tahu dari mana datangnye rasa pisang tu..huhu











Thursday, January 16, 2014

swissroll kwangsoo aka zirafah


dah lama mun tak share resepi kan..
kali ni mun buat swissroll bercorak zirafah
kalau sebut je zirafah mesti terbayang kwangsoo kan..hahaha
cara buat dia agak complicated bagi orang yang 
tak rajin memasak macam mun ni..hohoho
kredit resepi daripada kak azlita kite :)

ok..
antara bahan-bahan yang kita perlukan ialah

1) 4 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
2) tepung gandum
3) gula kaster
4) 40ml minyak masak/mazola
5) esen vanilla
6) 60ml air
7) 1/4 sudu teh cream of tartar
8) 8gm serbuk koko
9) 1 sudu teh coklat emulco
10) 100gm krim putar bukan tenusu
11) 100gm blueberry filling atau apa2 perisa lain yang anda suka :)


untuk memudahkan buat swissroll ni kita bahagikan bahan2 ni kepada beberapa peringkat

peringkat pertama

bahan A
1) 3 biji telur kuning
2) 15gm gula kaster
3) 60ml air
4) 40ml minyak masak/mazola
5) 75gm tepung gandum
6) 1/2 sudu teh esen vanilla




resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

mula2..kita satukan telur kuning tu dengan gula..pukul sehingga dia kembang dan berkrim.mun guna mixer je untuk pukul bahan ni.


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

kemudian kita letakkan esen vanilla,air dan minyak. pukul semua ni sehingga ia sebati.



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

bila sebati..masukkan tepung..gaulkan dengan adunan tu agar ia sebati..gaul guna senduk je..



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

siap..ambil 2 sudu besar adunan ini dan asingkan ke tepi..


jom buat bahan b pulak..

bahan B
1) 3 biji putih telur
2) 50gm gula kaster
3)1/4 sudu teh cream of tartar
4) 8gm serbuk koko
5) 1 sudu teh coklat emulco

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

pukul putih telur itu sehingga berbuih.


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

kemudian masukkan gula dan cream of tartar.pukul sehingga ia kental dan bertanduk..macam buat meringue tu..mun pastikan bila terbalikkan dia dia tak jatuh.
ambil 1/4 adunan ini dan letakkan kedalam 2 sudu adunan A yang telah kita asingkan tadi. gaul ratakan ia.ketepikan ia.


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

selebihnya adunan ini kita masukkan dalam adunan A yang kita tak asingkan tu..gaul sehingga ia sebati dan rata.


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

masukkan serbuk koko dan coklat emulco ke dalam adunan ini. kacau atau kaup balik adunan hingga ia sebati


dah siap untuk peringkat pertama..kita berlaih ke peringkat kedua untuk membuat corak zirafah pula.

bahan-bahan corak zirafah
-1 biji putih telur
- 2 sudu teh gula kaster
-1 sudu teh tepung gandung
-2 sudu besar adunan bahan A yang kita dah asingkan tadi


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

mula2..pukul putih telur dengan gula kaster sehingga ia kembang dan bertanduk (softpeak)


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

tambah tepung dan kacau atau kaup balik adunan sehingga sebati



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

tambahkan 2 sudu bahan A yang telah kita asingkan tadi ke dalam adunan ini dan gaul sehingga sebati
Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag


Sekarang  kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu melakar corak zirafah atas kek dan diikuti proses penyediaan kek
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C dan gunakan rak bawah dengan menggunakan api atas dan bawah. 



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

jangan lupa sapukan mentega diatas kertas minyak ini sebelum melakar corak zirafah ini



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

potong hujung piping beg dan mula melakar corak zirafah di atas kertas minyak
bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

Bila adunan dah masak..keluarkan dari oven dan tuangkan adunan coklat tadi
ratakan adunan sehingga ke setiap hujung penjuru loyang dan hentakkan loyang untuk hilangkan gelembung udara yang terperangkap
bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10-15 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

Bila kek telah masak..keluarkan dan terbalikkan kek tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali . Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.

sekarang kita ke peringkat terakhir iaitu peringkat keempat untuk membuat fillingnya..

bahan-bahan filling
-100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
-100 gm Blueberry Filling ~ jika suka


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

putar whipping cream sehingga ia kental dan softpeak

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

letakkan kek dengan corak zirafah di bawah di atas kertas minyak
Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.

memandangkan mun guna bekas yang salah iaitu bukan 10x10
jadi kek mun tak boleh digulung..
terlalu tebal..
hehehe
jadi pastikan korang guna bekas yang betul ye..

patutnye jadi macam ni..yang ni hasil kak azlita buat..cantikkan :)

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

tapi mun punye..emmmmm

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

mun potong dua je kek tadi
lain kali mun akan pastikan mun guna bekas yang betul ye :)


selamat mencuba ye :)


















Wednesday, July 24, 2013

kek pelangi ho ho ho


hahaha..
glamer pulak nama kek mun kali ni..
sebenarnya mun xtahu pon ape nama kek ni..
so mun cipta la nama sendiri..

ayah mun suka kek ni..
sebab rasa die macam susu sikit..dan lembut..
jadi meh kite share cara nak buat kek ni..


antara bahan yang diperlukan ialah :

  1. 5 biji telur
  2. 1 sudu teh esen vanilla
  3. 250g butter
  4. 1 gelas tepung naik sendiri
  5. 1/2 gelas gula
  6. 1/4 susu pekat
  7. susu pekat
  8. 100g horlick
  9. pewarna untuk hiasan



mula2..pukul gula dan butter bersama-sama guna mixer..
pukul sampai kembang..



bila dah kembang..masukkan telur sebiji demi sebiji...masuk satu pukul..masuk satu lagi pukul..sampai telur tu habis..




bila telur dan bahan2 tadi dah dipukul sampai sebati..
korang masukkan esen vanilla pula



then mauskkan tepung naik sendiri
pukul sampai sebati..




kemudian masukkan horlick pulak..
kacau sampai sebati




kemudian masukkan susu pula ye..
kacau sampai sebati jugak...




bila dah sebati..
korang asingkan kepada tiga bekas..kemudian masukkan pewarna pilihan korang setiap bekas tersebut..
kalau korang nak 5 warna..korang asingkan kepada 5 bekas..hehe..
bergantung pada kreativiti korang..




sebelum masukkan dalam bekas untuk dibakar..ambil aluminium foil dan sapukan sedikit butter..
macam ni hah..




lepas tu susunla adunan tadi mengikut kreativiti korang..
mun punye macam ni..heeeeee



panaskan oven 180c tapi bile kek ni dimasukkan turunkan suhu ke 150c
masak dalam masa 50minit..
tapi kalau still xmasak korang tambah la masa ye..




siapppppppp



bole makan time bukak pose nanti..
nak buat die senang je..
tapi nak pastikan dia masak tu macam susah sikit..
hohoho
besela..orang baru nak start belaja baking2 ni...


ape2 pun..
selamat mencuba ye..





Tuesday, July 9, 2013

resepi: mini pavlova


sekarang ni rajin pulak mun ke dapur..
hahaha
kali ni nak share cara2 buat mini pavlova..
dulu mun pernah cite pasal pavlova kat entry ni..
tapi yang tu kawan mun yang buat..mun makan je..hahaha
kali ni mun cuba buat sendiri pulak..


antara bahan-bahan yang diperlukan :

  1. 4 biji telur (ambil putih telur je)
  2. 3/4 cawan gula kastor( mengikut kemanisan yang korang suka)
  3. 1 sudu teh esen vanilla
  4. 1 sudu teh cuka
  5. 1 sudu besar tepung jagung
  6. whipping cream 
  7. kiwi (sebagai hiasan)



mula2..kita kena buat meringue...nak buat meringue ni..korang masukkan putih telur dalam bekas..make sure xde kuning telur yang menitik masuk dalam putih telur korang..pastikan korang punye mixer or bekas tu bersih dari sebarang habuk,air..menda ni sensitive sikit tau..
korang pukul putuh telur tu sampai kembang cantik..



masukkan gula sikit demi sikit sambil pukul tu..kalau yang pakai hand mixer tu memang lenguh la..kena pengang je sepanjang masa..hoho..pukul je sampai semua gula dah habes masuk dalam putih telur ni..

nak tahu meringue korang jadi ke x...korang angkat mangkuk adunan korang tadi..tonggengkan die..kalau xjatuh/xmenitik/xmengalir itu kirenye meringue korang menjadi dengan jayanya,,ala...macam masterchef celebriti 2 tu..dorang pukul ngan tangan je kot meringue dorang..


dah siap ni..korang ambil mangkuk lain..masukkan tepung jagung,esen vanilla dan cuka..kacau dalam bekas tu..



dah siap kacau..masukkan dalam meringue korang tu..kacau dengan spatula/sudu bese je..xpyah gune mixture..tp mun gune jgak..nmpak x yang mun malas kat situ..hakhak




ambil dulang...lapikkan dengan baking paper..then letak meringue tu kat atas dulang..biasanya letak dalam piping beg..so nak buat bulat2 tu lagi mudah..tp mun pakai letak je dengan sudu..hahaha..dah namenye mini..so korang buat la bulat kecik2 ..tapi jarakkan antara satu sama lain ye..nnti die mengembang sikit..nak senang..korang lukis je bulat2 atas baking paper tu..



panaskan oven korang dulu dalam suhu 200c selama 10 minit then turunkan ke 150c  bila meringue dimasukkan ke dalam oven..bakar selama 1jam 15 minit..tp kalau still berair lembut..korang kena tambah masa lagi..sampai die kekuningan dan crispy..dah masak..jangan keluarkan terus..biarkan die sejuk sekejap dalam tu..korang bukak pintu oven tu sikit..
bile dikeluarkan dia akan jadi macam ni...




sementara tu korang bolela sediakan bahan untuk menghias pavlova korang tadi..mula2..kita sediakan whipping cream..ambil whipping cream tu..dan pukul sampai die kembang..tp jadi terlebih pukul..nanti die akan cair balik..




dah siap..korang sapukan whipping cream ni atas pavlova korang..




then..ambilla buah kesukaan korang untuk menghias pavlova supaya nampak menarik tertarik kau memang debom..mun guna kiwi..nak beli strawberi xmampu..hahaha..




taraaaaaa...siap..letak dalam peti sejuk supaya lebih kawwwwww...







mun rasa better korang kurangkan sikit gula bagi yang xtahan manis or xsuka manis..sebab serius menda ni memang manis..hehehe..


itu je~
selamat mencuba ye..


selamat menyambut ramadhan buat semua muslim dan muslimat..
semoga ramadhan kali ni lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum ni..