dah lama mun xshare resepikan..
tahun ni juga mun berkesempatan untuk buat kuih raya sendiri
memandangkan mun tengah bercuti
tapi ada juga yang beli..hehehe
antara biskut/kuih raya yang mun dah buat ialah
cornflake bersalut coklat
mazolla
dan
juga biskut cornflake ranggup yang akan mun sharekan resepinya ni..
antara bahan2 yang diperlukan ialah :
BAHAN A
- 170g gula kastor
- 250g mentega
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- manik/ hirisan ceri untuk hiasan
BAHAN B
- 160g tepung gandum*
- 200g tepung jagung*
- 1/2 sudu teh serbuk penaik*(* diayak bersama-sama)
- 180g cornflake (diramas kasar)
mula-mula, pukul mentega dan gula kastor sehingga sebati
kemudian, masukkan esen vanilla dan juga kuning telur..pukul seketika
kemudian tuang kesemua bahan b dah gaul sehingga menjadi adunan
jangan lupa untuk ramas kasar cornflake sebelum dimasukkan kedalam adunan
seterusnya..
bolehla sudukan adunan biskut ini diatas loyang pembakar..
korang boleh hiaskan atas biskut ini dengan apa-apa sahaja hiasan yang korang suka..mun gunakan manik
bakar pada suhu 180c selama 20 minit..ini bergantung pada jenis oven
siappppp!!!
nota kaki: mun lebihkan sedikit tepung gandum yang mun guna supaya biskut mun lebih ranggup..
12 comments:
menarik kuih raya tu
Banyak ke buat kuih raya?
sdap nie..:)
wah comelnya biskut cikmun, mesti sedap ni, ika tak buat kuih rya pun thun ni, tak smpat..hihi
rajinnya buat biskut raya:)
salam. nice sharing mun...lama tak singgah sini..sihat? hehe
selamat hari raya ya :))
Biskut ni mmg wajib ada untuk raya ;)
Dateng sini buwat ngucapin Taqobalallahu minnaa wa minkum Shiyamanaa wa shiyamakum, Minal 'Aidin Wal-Faizin Mohon Maaf Lahir Dan Batin, mungkin selama ini ada koment2 saya yg kurang berkenan disini...
nampak sedap...pos kat akak sikit bole tak Mun?hehe
안녕하세요! This is twinscraftlife. We are handcrafters! pls visit our blogshop~ We sell handmade bags, pouch, phonecase, bookmarks, notes and many more! 감사합니다~ 꼭오세요~ twinscraftlife.blogspot.com
Sedap T_T
that is so great ! now i can make cookies follow this post, and hoping i will success and if i fail i can contact wioth you, but i never think will that, must success :) !
Post a Comment