Thursday, January 16, 2014

swissroll kwangsoo aka zirafah


dah lama mun tak share resepi kan..
kali ni mun buat swissroll bercorak zirafah
kalau sebut je zirafah mesti terbayang kwangsoo kan..hahaha
cara buat dia agak complicated bagi orang yang 
tak rajin memasak macam mun ni..hohoho
kredit resepi daripada kak azlita kite :)

ok..
antara bahan-bahan yang kita perlukan ialah

1) 4 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
2) tepung gandum
3) gula kaster
4) 40ml minyak masak/mazola
5) esen vanilla
6) 60ml air
7) 1/4 sudu teh cream of tartar
8) 8gm serbuk koko
9) 1 sudu teh coklat emulco
10) 100gm krim putar bukan tenusu
11) 100gm blueberry filling atau apa2 perisa lain yang anda suka :)


untuk memudahkan buat swissroll ni kita bahagikan bahan2 ni kepada beberapa peringkat

peringkat pertama

bahan A
1) 3 biji telur kuning
2) 15gm gula kaster
3) 60ml air
4) 40ml minyak masak/mazola
5) 75gm tepung gandum
6) 1/2 sudu teh esen vanilla




resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

mula2..kita satukan telur kuning tu dengan gula..pukul sehingga dia kembang dan berkrim.mun guna mixer je untuk pukul bahan ni.


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

kemudian kita letakkan esen vanilla,air dan minyak. pukul semua ni sehingga ia sebati.



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

bila sebati..masukkan tepung..gaulkan dengan adunan tu agar ia sebati..gaul guna senduk je..



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

siap..ambil 2 sudu besar adunan ini dan asingkan ke tepi..


jom buat bahan b pulak..

bahan B
1) 3 biji putih telur
2) 50gm gula kaster
3)1/4 sudu teh cream of tartar
4) 8gm serbuk koko
5) 1 sudu teh coklat emulco

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

pukul putih telur itu sehingga berbuih.


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

kemudian masukkan gula dan cream of tartar.pukul sehingga ia kental dan bertanduk..macam buat meringue tu..mun pastikan bila terbalikkan dia dia tak jatuh.
ambil 1/4 adunan ini dan letakkan kedalam 2 sudu adunan A yang telah kita asingkan tadi. gaul ratakan ia.ketepikan ia.


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

selebihnya adunan ini kita masukkan dalam adunan A yang kita tak asingkan tu..gaul sehingga ia sebati dan rata.


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

masukkan serbuk koko dan coklat emulco ke dalam adunan ini. kacau atau kaup balik adunan hingga ia sebati


dah siap untuk peringkat pertama..kita berlaih ke peringkat kedua untuk membuat corak zirafah pula.

bahan-bahan corak zirafah
-1 biji putih telur
- 2 sudu teh gula kaster
-1 sudu teh tepung gandung
-2 sudu besar adunan bahan A yang kita dah asingkan tadi


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

mula2..pukul putih telur dengan gula kaster sehingga ia kembang dan bertanduk (softpeak)


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

tambah tepung dan kacau atau kaup balik adunan sehingga sebati



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

tambahkan 2 sudu bahan A yang telah kita asingkan tadi ke dalam adunan ini dan gaul sehingga sebati
Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag


Sekarang  kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu melakar corak zirafah atas kek dan diikuti proses penyediaan kek
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C dan gunakan rak bawah dengan menggunakan api atas dan bawah. 



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

jangan lupa sapukan mentega diatas kertas minyak ini sebelum melakar corak zirafah ini



resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

potong hujung piping beg dan mula melakar corak zirafah di atas kertas minyak
bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit sahaja

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

Bila adunan dah masak..keluarkan dari oven dan tuangkan adunan coklat tadi
ratakan adunan sehingga ke setiap hujung penjuru loyang dan hentakkan loyang untuk hilangkan gelembung udara yang terperangkap
bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10-15 minit atau sehingga kek masak dengan sempurna


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

Bila kek telah masak..keluarkan dan terbalikkan kek tadi di atas redai dengan kertas minyak nya sekali . Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk. Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.

sekarang kita ke peringkat terakhir iaitu peringkat keempat untuk membuat fillingnya..

bahan-bahan filling
-100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
-100 gm Blueberry Filling ~ jika suka


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

putar whipping cream sehingga ia kental dan softpeak

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

letakkan kek dengan corak zirafah di bawah di atas kertas minyak
Letakkan blueberry filling di atasnya dan ratakan


resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

Letakkan juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
Dengan berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling kurang 4 jam sebelum di potong.

memandangkan mun guna bekas yang salah iaitu bukan 10x10
jadi kek mun tak boleh digulung..
terlalu tebal..
hehehe
jadi pastikan korang guna bekas yang betul ye..

patutnye jadi macam ni..yang ni hasil kak azlita buat..cantikkan :)

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

tapi mun punye..emmmmm

resepi, swissroll, zirafah, swissroll zirafah, kwangsoo, menu minum petang, menu petang, dessert, kek, ressepi swissroll, kek lembut,

mun potong dua je kek tadi
lain kali mun akan pastikan mun guna bekas yang betul ye :)


selamat mencuba ye :)


















21 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum cik mun. adoyaii sodapnya nampak menyelerakan. nak sikit, post bagi sheila .. hehehe sheila mohon share resepi cik mun dekat fanpage sheila. senang nak cari lepas ni kalau nak buat :)

Unknown said...

x per..asal boleh makan dan rajin buat..hehe..salam jumaat :)

aswaleyla said...

cik mun punye pon comell je . nak3 ...

Adriannasyaz said...

Wah..mmg ada corak zirafah ni cik mun..sya mmg suka mkn swiss roll ni..mmg feveret ni..nk buat jgk...nyum2.. :)

Akupenghibur.com said...

wahhh sedapnya ^_^ nampak mengeliurkan

Aqilah Azmi said...

omg kak mun!!
thank u so much sangat sangat ah hehehehehehe
sbb qila baru je craving nk mkn swiss roll hihihi
:D <3
boookmark dah sini hihi

Khir Khalid said...

Bolehlah tu Mun.. satu tu sy sorng tak cukup makan.. salam Jumaat.. :)

Unknown said...

kwangsoo pun ada swiss roll sendiri dah skrg. hahahah

Sya Chot .. said...

rajin gila mun buat benda2 ni..bila la sya nak rajin wat benda2 ni plak..hehehe :)

Atiqah Wadiah said...

Klu sy,mesti malas nk buat..haha..tp nmpak sedapppp :)

Gee Lion said...

kalau sedap, kira menjadilah tu.
cuma pasni nak kena pakai bekas betul je.
=3

fatin aziz said...

wah hebat lah...huhu..bolehlah try nanti sementara tengah cuti sem ni..hehehe

Vee said...

Okay la tu untuk first try. Hehe. Len kali cuba lagi :D

Mime MF said...

OMG...nmpk comel & yummeh2!!hehe rajinnya mun..

Unknown said...

Cik Mun buat pn apa kurangnya..cantik tu..kalo akak yg buat blm tentu jd hehe

Dayang Deno said...

nampak sedap!^^

Mia Liana said...

wahhhh detil ni.... janji boleh di makan. nampak macam sedap je...

ikafantasi said...

hahaha lawak la nama dia..

argon said...

suke tgk blog cik mun ni sbb ade resepi.. hikhik

Invisible Me said...

Nampak sedap..

Nina Mads said...

salam singgah sini.. nampak sedap la dan cantik ala2 zirafah :) pandai buat