Monday, January 20, 2014

jika tiada


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakannya

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Esa



sumber: facebook




alhamdulillah dengan segala yang mun ada :)











19 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum cik mun. betul2. sheila setuju. apa yang terjadi, ada hikmahnya. alhamdullilah syukur, dengan apa yang kita ada (",)

fatin aziz said...

ari tu ada org post kat fb..ada terbaca.suka sgt dengan ayat2 ni sbb mengajar kita utk bersyukur dgn apa yg kita ada bukan yang org lain ada.. :D

Unknown said...

Kak Erin macam pernah baca yang Mun tulis tu.. gambar tu.,.Mun kat mana?? :)

edlidza said...

rezeki ajal maut semua kat tangan Dia... stay strong and smile as always ;)

merahitujambu said...

alhamdulilah..kan??syukur apa yang ada..tp kadang2 manusia x puas

Unknown said...

lain manusia lain rezeki yang Allah bagi kan..so, kena think positif :)

Unknown said...

@puteri airyn hehe..mun terjumpa dekat fb..gambar tu mun dekat pulau pinang..pesta pulau pinang :)

Unknown said...

@Sheila Salimbetul tu :)

Unknown said...

@fatin aziz ayat die best..sbb tu mun share :)sangat2 mengingatkan kite supaya bersyukur..

Unknown said...

@edlidza yup :)..thanks..

Unknown said...

@Normi Nieza thanks :)

Unknown said...

@merahitujambu betul tu :)

sHiMi sHinHae~ said...

alhamdulillah ,gembira dgn apa yg adaa :)

Khir Khalid said...

Alhamdulillah.. Allah itu Maha Mengetahui & Maha Adil.. bersyukur dgn segala anugerahnya...

dEdEQ dE wIshEs said...

YUNKKK . WAHHH . SANTEKNYE .. WALOPUN DRI BELAKANG .. ALHAMDULILLAH :)

Anonymous said...

kan? rezeki ada di mana2. asalkan ada usaha doa tawakal :)

Invisible Me said...

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri :)

Unknown said...

Cantiknya bolg .. :)
Ayat yang indah..maksud yang bermakna..~
Alhamdulillah..tanda syukur..bersyukur atas apa yang ada..~

Anonymous said...

Mon ni canteklah. Berkenan pulak.