Wednesday, January 12, 2011

jom derma darah!!!

..ASSALAMUALAIKUM..
Huhuhuhu..hari ni ada derma darah…sumer kawan mun nak menderma(kawan2 mun ni sumer pemurah)hehehe..mun takut darah..dah dua kali mun pengsan sebab tengok darah..huhuhu..darah org lain xpe..darah mun sendiri tak bleh..hahaha..tapi tadi disebabkan sumer orang nak menderma..mun dengan brani nyer nak menderma juga..berkobar2 dah ni..tiba2..’adik xcukup berat la’..hahaha..dah semangat da tadi…mun pun keluar dengan muka hampa tapi hati lega..hehehe..aduyai..mun nak tahu jenis darah mun sebenarnye..ni sumer gara2 tengok citer u-kiss vampire..dia cerita pasal perangai2 orang mengikut darah so mun nak tahu la darah mun..tapi xbleh..untuk yang menderma sahaja..takper la..meh mun share camne perwatakan seseorang ikut jenis darah…
Gologan darah A 
  1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
  2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
  3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya  secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
  4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
  5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
  6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan  sebagainya.
  7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.
  8. Pembersih



Gologan darah B 
  1. Orang  jenis darah B ni cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
  2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi tapi cepat bosan.
  3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari perkara yang mereka ingin lakukan.
  4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang.
  5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat tapi sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
  6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.


Gologan darah O
 
  1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam  suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
  2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
  3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
  4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
  5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
  6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.(ni betul ni)hahaha
  7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.


Gologan darah AB 
  1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
  2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati 
  3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
  4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
  5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
  6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.
  7. Terlalu straight forward..cakap men lepas je..

Tapi ni sumer jangan la percaya sangat..sekadar suke2..hehehe..

3 comments:

Hakimi Reza said...

owhh~~btl laa..ada persamaan gak ni~~hakhakhak

Unknown said...

encik nakal ni darah apa?..nak tahu gak..hehehe

.ima. said...

saye darah O ! tepat sekali! :P cik mun, header ima org yg watkan.hehe ;)