makanan itu akan sentiasa sedap jika segala kasih sayang dan keikhlasan dalam dirimu disalurkan semasa membuatnya. Ia tidak akan sedap jika kamu mengerjakannya secara paksa , secara tergesa-gesa dan tanpa sepenuh hatimu...
mungkin begitu juga dengan cinta. membuat cinta, sama seperti membuat karipap. sesiapa sahaja boleh mengatakan, ‘saya cintakan awak’. namun adakah rasa cinta itu benar-benar datang daripada hati?adakah segala usaha itu benar-benar datang daripada kasih sayang?ataupun mungkin kita sentiasa hidup dalam penafian ,mulut berkata lain,hati kisahkan perihal yang sebaliknya...
lantas, jika tiada kasih dan kejujuran, itu yang menyebabkan cinta menjadi suram.lantas, membuatkan dua pasangan saling berpaling muka.kerana ‘cinta’ yang mereka ada itu sudah tidak lagi diusahakan dengan sepenuh hati.
kerana karipap perlu dibuat dengan kejujuran. tanpa kejujuran,karipap itu kosong tanpa inti yang sedap. karipap itu kosong tanpa inti yang banyak..
yang membezakan karipap yang dibuat dengan hati dan karipap yang dibuat tanpa hati.......
hahaha..mesti pelik kan tiba-tiba cakap pasal karipap.hehehe..sebenarnya mun baru lepas baca novel yang bertajuk’karipapakaripap cinta’.agak kelakar cerita dia..lain daripada yang lain..try la beli and read it..tak la sehebat novel cinta yang lain tapi best la jugak..tajuk dia menarik buat mun tertarik nak baca..kisah cinta antara lelaki biasa yang gelabah dan kelam kabut bila lihat gadis idaman dengan ustazah lulusan al azhar..
No comments:
Post a Comment