Tuesday, November 16, 2010

karipapkaripap cinta

makanan itu akan sentiasa sedap jika segala kasih sayang dan keikhlasan dalam dirimu disalurkan semasa membuatnya. Ia tidak akan sedap jika kamu mengerjakannya secara paksa , secara tergesa-gesa dan tanpa sepenuh hatimu...
mungkin begitu juga dengan cinta. membuat cinta, sama seperti membuat karipap. sesiapa sahaja boleh mengatakan, ‘saya cintakan awak’. namun adakah rasa cinta itu benar-benar datang daripada hati?adakah segala usaha itu benar-benar datang daripada kasih sayang?ataupun mungkin kita sentiasa hidup dalam penafian ,mulut berkata lain,hati kisahkan perihal yang sebaliknya...
lantas, jika tiada kasih dan kejujuran, itu yang menyebabkan cinta menjadi suram.lantas, membuatkan dua pasangan saling berpaling muka.kerana ‘cinta’ yang mereka ada itu sudah tidak lagi  diusahakan dengan sepenuh hati.
kerana karipap perlu  dibuat dengan kejujuran. tanpa kejujuran,karipap itu kosong tanpa inti yang sedap. karipap itu kosong tanpa inti yang banyak..
yang membezakan karipap yang dibuat dengan hati dan karipap yang dibuat tanpa hati.......

hahaha..mesti pelik kan tiba-tiba cakap pasal karipap.hehehe..sebenarnya mun baru lepas baca novel yang bertajuk’karipapakaripap cinta’.agak kelakar cerita dia..lain daripada yang lain..try la beli and read it..tak la sehebat novel cinta yang lain tapi best la jugak..tajuk dia menarik buat mun tertarik nak baca..kisah cinta antara lelaki biasa yang gelabah dan kelam kabut bila lihat gadis idaman dengan ustazah lulusan al azhar..




mun ni macam promoter buku jer..huhu..mesti tertanya-tanya kenapa cover dia ada orang pakai kain pelikat kat muka..adalah..tu kena baca sendiri..sekarang ni mun tengah cuti sem..yahoo..baru abes exam..hehe..sudah habis satu sem..tu yang boleh baca novel tu..kalau tak..nak sentuh novel pun susah..huhu..tahun depan dah sem 2 dah...tahun depan belajar benda baru,dapat bilik baru,roommate pun mungkin baru juga, dugaan dan cabaran yang baru dan mungkin bertambah-tambah..huhu..tak tahu lah..harap-harap mun dapat habiskan sem depan dengan lancar dan success..hehehe..oh ye..bersempena esok nak menyambut raya haji..mun nak ucapkan selamat hari raya aidiladha..hehe..semoga bergembira..makan banyak-banyak yerk..salam

Thursday, November 11, 2010

ketika anp tamat II..


































Tuesday, November 9, 2010

suka atau sayang..


ASSALAMUALIAIKUM..
mun nak share something ni..bagi mun menda ni menarik..hehehe..jom la bace..


"Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan berdebar-debar dengan cepat.
Di depan orang yang kamu "suka", kamu akan selalu bahagia.
Di depan orang yang kamu "cinta", musim dingin serasa musim semi.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musim dingin sama saja dengan musim dingin yang indah.




Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "cinta", maka kamu akan bertemu.
Tetapi jika kamu melihat ke dalam mata orang yang kamu "suka",maka kamu akan tersenyum.

Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak akan dapat mengungkapkan apa yang ada di benakmu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya.

Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung malu.
Tetapi di depan orang yang kamu "suka", kamu bisa menunjukkan diri kamu yang sebenarnya.

Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul di benakmu setiap 2 minit.
Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata orang yang kamu cintai.
Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap mata orang yang kamu suka.

Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis, kamu akan ikut menangis bersamanya.
Tetapi jika orang yang kamu sukai menangis,kamu akan mengakhirinya dengan kelegaan.

Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata.
Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran telinga.

Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang harus kamu lakukan adalah menutup telingamu.
Tetapi jika kamu mencuba untuk menutup matamu, cinta akan berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu berbekas di hatimu selamanya... 















Monday, November 8, 2010

ketika anp tamat..