Showing posts with label drama tv3. Show all posts
Showing posts with label drama tv3. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

be careful with my heart


ni salah satu cite favorite mun kat rumah
cerita dia sangat mencuit hati
suka tengok gelagat maya bila berhadapan dengan bos die..
hehehe

citer mun~, be careful with my heart, Jodi Sta. Maria, Richard Yap, drama tv3, filipina, sinopsis be careful with my heart, drama best, drama filipina yang menarik, drama kelakar, comel,


sinopsis:
‘Be Careful With My Heart’ berkisarkan tentang seorang gadis bernama Maya dela Rosa (Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampung halamannya di Ilocos Norte, Utara Filipina. Wang sering menjadi masalah utama untuk menyara hidup dan membaik pulih rumah. Ketika hujan lebat, kakaknya, Cristina cuba membaiki bumbung rumah sebelum ditimpa kejadian tidak diingini yang mengakibat kaki Cristina cedera teruk. Dengan kos perubatan yang tinggi, Maya harus keluar dari Ilocos Norte untuk meneruskan hidup dan menampung perbelanjaan keluarga.

Maya mengembara ke bandar metropolitan Manila untuk mencapai cita-cita menjadi pramugari bagi membantu keluarganya. Maya tidak akan membenarkan sesiapa yang mahu menggagalkan impiannya, termasuklah Richard Lim (Richard Yap), seorang duda yang kaya. Ironiknya, Richard merupakan harapan terakhir Maya untuk merealisasikan cita-citanya kerana pengaruh lelaki tersebut di dalam industri penerbangan. Namun, Richard hanya akan membantu Maya jika Maya bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada anak-anaknya.

Atas desakan keadaan, Maya terpaksa bersetuju. Apabila Maya menjejakkan kaki ke rumah istana milik Richard, beliau secara tidak langsung terlibat dengan kehidupan peribadi Richard dan tiga orang anaknya yang bermasalah, Luke, Nikki dan Abigail. Maya merasakan pemergian isteri Richard turut memusnahkan keharmonian dan kegembiraan di dalam keluarga ini.

Justeru, Maya mengambil inisiatif untuk merapatkan kembali hubungan Richard dengan anak-anaknya. Usaha dan pengorbanan gadis San Nicolas ini berjaya membina semula keluarga Lim. Pada waktu yang sama, Maya mula jatuh cinta terhadap Richard dan amat menyayangi Luke, Nikki serta Abigail. Ketika itulah Maya diuji apabila seorang wanita muncul dan mengaku sebagai ibu kandung kepada tiga anak Richard. Apakah yang bakal berlaku selepas itu? 




setiap hari isnin-khamis
3.00 petang di TV3






Friday, July 5, 2013

sebenarnya saya isteri dia episod akhir




sape tengok cite..angkat tangan cepat!!
hehehe..
mun xikut cite ni dari awal sebenarnya..
bile nak dekat2 episod last baru mun tengok..hoho
well seperti biasa..
ofkosla..happy endingkan..
si hero akhirnya dapat bersama dengan heroin..
yang jahat ditangkap yang baik bahagia..

meh nak cite sinopsis die sikit..

Mengisahkan cinta Syafa Aqira dengan Farish Adryan yang terputus di tengah jalan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua. Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu. Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash?







mun rasa cite ni comel..hahaha

itu je..
xnak komen lebih2...